PHOTO GALLERY

Pertandingan Go Kart Melaka Challenge 2012

Sunday, 8 July, 2012

Pihak Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) telah menyertai pertandingan Melaka go-kart challenge 2012 antara Jabatan dan Syarikat kerajaan negeri Melaka anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) pada  8 July 2012 bertempat di Litar go-kart PKNM di Air Keroh Melaka. Antara kategori yang dipertandingkan seperti kategori VIP, terbuka lelaki dan wanita. MTS Motorsport yang dibarisi oleh 8 pelumba diketuai oleh Ketua pegawai Eksekutifnya En Nazary Ahmad, Pengurus Jualan En Husni Husin, Arfah Nasarudin, Rusdan Mahmood,Hijaz,Firdaus,Ninie dan Dilla

Objektif penganjuran ini ialah untuk mempopularkan sukan Go-Cart kepada golongan belia dan rakyat di negeri Melaka khususnya. Bagi yang berminat, Sukan Go-Kart juga merupakan asas kepada sukan Formula 1.

Pada pertandingan kali ini MTSB telah berjaya menjadi naib juara untuk kategori wanita Gred 41, naib juara untuk kategori  terbuka lelaki dan wanita. Menurut KPE MTSB En Nazary Ahmad, mereka akan menubuhkan team go-kart MTS dan mempopularkan sukan go-kart ini dan menjadi anak syarikat kerajaan yang pertama mempunyai go-kart sendiri.