PHOTO GALLERY

Taklimat Go Green kepada kakitangan MTSB

Friday, 20 July, 2012

Pihak pengurusan MTSB telah mengadakan satu taklimat  mengenai “go-green” kepada kakitangannya pada Objektif taklimat ini adalah untuk memberi informasi kepada kakitangan MTSB  mengenai teknologi hijau yang begitu diberi penekanan oleh kerajaan negeri Melaka. Moderator pada taklimat ini ialah Halil Bin Jaafar iaitu AJK ‘Implementation and Policy’, Disamping itu taklimat juga turut disampaikan oleh Ceo MTSB En Nazary Ahmad, En Mohd Husni Husin, AJK ‘Campaign Effort’ and PR dan En Zulhilmi, AJK ‘Energy’.

Pihak  pengurusan mahu semua kakitangan memahami dengan lebih mendalam definisi teknologi hijau bagi membolehkan mereka melaksanakan garis panduan amalan hijau syarikat. Antara topik-topik yang disentuh dalam taklimat ini ialah Indeks Pencemaran Udara, Kesan Rumah Hijau, Tenaga Solar,Kadar pencemaran air dan sebagainya.

Antara langkah-langkah yang giat dijalankan oleh syarikat ialah menggalakkan pengunaan basikal ke pejabat,Berkongsi kereta,penggunaan woven bag menggantikan bag plastic dan mengharamkan pengunaan polistrin sebagai bekas makanan.

MTSB juga turut membina ‘aviary’ Tong Kitar Semula dan Water Havesting Tank di dalam program go Green MTSB.