EVENT GALLERY

Kayuhan Basikal Klasik di Menara Taming Sari

Friday, 5 October, 2018

5 Oktober 2018 – Pihak Persatuan Basikal Tua telah mengadakan Program Nostalgia Basikal Tua kali ke 2 (Nobat)  di Menara Taming Sari, Melaka.Kayuhan ini melibatkan peminat-peminat Basikal klasik ini dari seluruh Malaysia dan Indonesia yang dianggarkan seramai 300 peserta. Peserta telah megayakan pelbagai pakaian yang berupa nostalgia sesuai dengan tema program. Pelepasan dilakukan oleh pengurus Besar MTS, Dr Muhammad Md Nor dan penutup oleh YB Exco Pelancongan Warisan dan Kebudayaan, Datuk Jailani Khamis.