EVENT GALLERY

Program pencarian DJ Melaka FM

Sunday, 31 December, 2017

31 Dis 2017 – Pihak Melaka FM telah menganjurkan pertandingan pencarian DJ Melaka FM pada 31 Dis 2017 bertempat di Menara Taming Sari (MTS). Objektif program ini ialah untuk mencari pelapis DJ dari generasi muda. DJ yang bertanding adalah dibawah didikan mentor DJ Melaka FM seperti DJ Amy, DJ Asrul, DJ Izad, DJ Azizi dan DJ Murni. DJ yang menang pada malam itu layak untuk bertanding ke pertandingan akhir. Program ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar MTS, En Ali Kasmin dan Pengarah RTM Melaka iaitu Tuan Haji Ibrahim.