Festival Kraftangan 2019

Festival Kraftangan 2019

27 Mac 2019 – Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka (TMM) dengan bertemakan A Gateway to Historic Malaysia. Pelbagai acara dan program menarik bakal disajikan kepada pelancong untuk mencapai sasaran seramai 20.0 juta orang kedatangan pelancong pada tahun 2019. Oleh itu, Kraftangan Malaysia mengambil peluang ini untuk menganjurkan aktiviti Festival Kraf Melaka bagi mempromosi dan memasarkan produk kraf di lokasi tumpuan pelancong serta mengangkat seni warisan kraf tempatan kepada pengunjung dan pelancong yang hadir ke Melaka. Penganjuran ini juga bersempena Festival Kraf Kebangsaan 2019 yang disambut sepanjang bulan Mac 2019.

Kategori : Kraftangan Malaysia

Tarikh : 27 Mac 2019 10:00 AM – 30 Mac 2019 10:00 PM

Tempat : Dataran Menara Taming Sari, Banda Hilir Melaka

Leave a Reply

Close Menu
Translate »