NEWS & EVENTS

Majlis Pelancaran Melaka Tourism Shuttle Service di Menara Taming Sari.

Wednesday, 5 December, 2018

Maljlis pelancaran Tourism Shuttle Service (TSS) telah diadakan pada 22 Nov 2018 dan telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Melaka (TYT), Tun Khalil Yaakob. Majlis ini turut dihadiri oleh Exco Pelancongan dan Kebudayaan, YB Datuk Jailani Khamis dan YB Kerk Chee Yee, Exco Pembangunan Sukan. TSS akan beroperasi di laluan bermula dari Melaka River Cruise ke Menara Taming Sari dan Perkampungan Hang Tuah. Harga Yang ditawarkan adalah bermula dari RM5 ke RM10. Pekhidmatan TSS ini disasarkan untuk pelancong yang ingin melawat tempat-tempat pelancongan di Melaka.